Friday, July 19, 2019

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

SELAMAT DATANG
Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah


Thursday, July 18, 2019

KOD QR DAN PAUTAN - UNIT TAMAN SAINS

Kod QR dan Pautan - Unit Taman Sains


KOD QR

PAUTAN
>LINK<

Monday, July 15, 2019

VIDEO KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

VIDEO KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN






Wednesday, July 10, 2019

KOD QR DAN PAUTAN - UNIT KEMILAU ANAZHOFAH

Kod QR dan Pautan - Unit Kemilau Anazhofah


KOD QR

PAUTAN
>LINK<

Tuesday, July 9, 2019

GOTONG ROYONG KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH

GOTONG ROYONG KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH


Wednesday, July 3, 2019

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK MUNSHI ABDULLAH

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK MUNSHI ABDULLAH


Tuesday, July 2, 2019

KHIDMAT BANTU UNTUK PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH SUMBER SEKOLAH DARI PIHAK BTPN SELANGOR

KHIDMAT BANTU UNTUK PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH SUMBER SEKOLAH DARI PIHAK BTPN SELANGOR


Tuesday, June 25, 2019

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN PSS CEMERLANG DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' HARUN, TANJONG KARANG

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN PSS CEMERLANG DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' HARUN, TANJONG KARANG


Tarikh : 25.06.2019

Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah telah menerima kunjungan dari pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjong Karang. Beberapa lokasi telah dibawa oleh pihak sekolah, antaranya ialah :
1. Laluan PPDA
2. Laluan Taman Sumber Sains
3. Taman Herba "Summer Palace"
4. Taman Agro Integrasi
5. Taman Agro PPKI
6. Makmal Komputer'
7. Surau
8. Sudut Kesihatan
9. Bilik Anjung
10. Bilik BOSS
11 Pejabat Anazofah













Wednesday, June 12, 2019

TOKOH NILAM SMK MUNSHI ABDULLAH

TOKOH NILAM SMK MUNSHI ABDULLAH

TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS TAHUN 2018
SITI AISYAH BINTI MOHD SYAHARUDIN 




TOKOH NILAM BAHASA MELAYU TAHUN 2018
SHAH NOR SUHADA BINTI SHAHIDAN 




PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN UNTUK PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN UNTUK PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH


Pihak sekolah telah melakukan beberapa persediaan dan persiapan untuk menghadapi Pertandingan  Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah tidak lama lagi. Antara persediaan dan persiapan tersebut ialah :

Friday, May 31, 2019

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT TAHUN 2019

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT TAHUN 2019



Thursday, May 9, 2019

MAHU FASIH BERBAHASA INGGERIS? JANGAN MALU UNTUK CUBA SEMBILAN RAHSIA MUDAH DAN RINGKAS INI


MAHU FASIH BERBAHASA INGGERIS? JANGAN MALU UNTUK CUBA SEMBILAN RAHSIA MUDAH DAN RINGKAS INI

1. Buang rasa malu jauh-jauh


Ini yang paling penting sekali. Cuba ubah ‘mindset‘ terlebih dahulu. Ingin ditekankan sekali lagi, inilah cara untuk fasih berbahasa Inggeris yang paling asas sekali.
Kalau hati jadi lemah bila orang ketawakan kita tak pandai berbahasa Inggeris, kena belajar kuatkan lagi hati. Bagi hati kering. Kena berani dan percaya yang kita boleh berbahasa Inggeris.
‘Broken English‘ itu biasa. Janji orang faham. Yang penting, mesej itu sampai. Lama-lama, akan jadi fasih juga.

2. Dengar lagu, baca dan hayati lirik

Nampak macam tak logik, tapi inilah yang saya cuba sendiri. Dulu-dulu, cuma ada kaset yang berserta dengan kertas yang ada lirik. Sekarang lagi mudah, Spotify ada. Jika mahu lirik, boleh guna Shazam atau Musixmatch.
Ada yang pertikaikan, dengar lagu melalaikan. Benar, jika dengar lagu sampai tinggal solat, berdosa. Apa salahnya, tukar sedikit pemikiran, dengan lagu untuk ilmu.
Lain dengan baca buku, dengar lagu sambil mengikuti lirik adalah cara yang bukan konvensional. Ia nampak lebih santai dan mudah diterima pakai.

3. Main game banyak-banyak

Barangkali, ramai yang kata, “Lagilah macam tak sesuai!”. Tapi percayalah, ia akan membantu mempercepatkan proses pembelajaran bahasa Inggeris.
Ini kerana dalam game, ada banyak frasa bahasa Inggeris yang jarang kita guna. Bila ia diulang banyak kali, ia lekat dalam otak kita.
Tidak kira samada game di komputer atau telefon bimbit, kedua-duanya akan membantu.

4. Kena tahu banyak perbendaharaan kata (vocabulary)

Tidaklah sampai perlu rebus kamus Dewan dan minum airnya. Cukup sekadar tahu yang biasa-biasa, yang digunakan selalu dalam percakapan.
Kalau mahu bercakap, kita perlukan perbendaharaan kata. Antara sebab kita tidak mahu bercakap bahasa Inggeris ialah kerana kurangnya vocabulary yang kita boleh guna.

5. Praktis cakap, cakap, cakap

Persetankan orang yang cakap kita ‘poyo‘ dan berlagak. Kunci kejayaan ialah praktik, praktis, praktis. Jika tidak cakap Bahasa Inggeris selalu, macam mana mahu fasih?
Jika segan cakap dengan kawan sendiri, rajin-rajinkan pergi ke tempat tumpuan pelancong. Bukannya nak jual apa-apa, sekadar ingin bertegur sapa.
Tengok mana-mana tempat yang ada banyak bas pelancong seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.
Peduli apa, belasah sahaja.

6. Dengar radio BFM 89.9

Jangan asyik dengar Era dan Hot FM sahaja. Sesekali tukar IKIM FM untuk kerohanian. Jangan lupa buka BFM 89.9 untuk mendengar bagaimana mereka bercakap dengan bahasa Inggeris yang sangat sopan dan tersusun.
Bukan mahu kata Hitz atau Mix tidak bagus. Rancangan yang berunsurkan hiburan, tidak sama dengan rancangan bual bisnes.
Percayalah, jika dengar BFM 89.9 selalu, perbendaharaan kata kita dalam bahasa Inggeris akan bertambah.

7. Baca Quora

Jangan asyik main facebook sepanjang masa. Kadang-kadang, kita kena larikan diri dari laman yang tidak sudah-sudah ‘troll‘ sana sini.
Cuba buka Quora. Benar, bukan 100% ilmiah kerana ada juga ‘spam‘ yang tidak relevan langsung dengan topik.
Tapi cubalah baca dan sertai sekali dalam menjawab persoalan di sana. Bila kita jawab dengan tatabahasa yang salah, akan ada orang betulkan.

8. Banyakkan tengok movie dengan subtitle

Sedikit-sebanyak akan ada vocabulary yang kita akan dapat belajar. Kalau bukan Astro Movies, Netflix pun ada, dan langganan tidaklah terlalu mahal. Cuba tonton cerita yang menggunakan American English dan satu lagi, British English. Nampak sama, tapi tak serupa.

9. Pedulikan tentang grammar dulu

Susun ayat itu nombor dua. Banyakkan vocabulary dahulu. Baru sedap mahu berbicara. Biarlah orang nak ketawa, kita tunggang terbalik susun ayat. Janji ada orang faham.
Benar, cara untuk fasih berbahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang boleh di kecapi dalam masa yang singkat. Lama-kelamaan, secara tidak sedar, kita akan pandai susun ayat. Teruskan berlatih.
Sumber: The Berkat







Wednesday, May 8, 2019

SUDUT ARKIB PUSAT SUMBER SMK MUNSHI ABDULLAH

SUDUT ARKIB PUSAT SUMBER SMK MUNSHI ABDULLAH


Terdapat pelbagai maklumat dan info boleh didapati di sudut ini. Antaranya ialah :
1. Sejarah Sekolah
2. Asal Usul Nama Sekolah
3. Lencana Sekolah
4. Senarai Nama-nama Pengetua SMK Munshi Abdullah

DOA BELAJAR

DOA BELAJAR


Thursday, April 25, 2019

INFO HUNT

INFO HUNT


INFO HUNT
SMK MUNSHI ABDULLAH
TAHUN 2019

Tarikh:10 April 2019
Hari:Rabu
Tempat:Pusat Sumber SMK Munshi Abdullah
Masa: 3.00 – 4.30 petang

Sasaran: Semua murid dan guru SMK Munshi Abdullah

Anjuran: Panitia Sains dan Unit Pusat Sumber

Aktiviti:
1.      Taklimat pertandingan diberikan.
2.      Setiap peserta diberikan satu borang yang mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan info Sains. Jawapan bagi soalan-soalan ini terdapat di sekitar kawasan pusat sumber.
3.      Peserta kemudian diminta bergerak mengelilingi pusat sumber untuk mencari jawapan berkenaan sambil mengisi borang yang disediakan.
4.      Peserta yang telah selesai menjawab akan menyerahkan semula borang ini kepada guru yang bertanggungjawab.



Wednesday, April 24, 2019

GAMBAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK MUNSHI TAHUN 2019

GAMBAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK MUNSHI TAHUN 2019


Wednesday, April 17, 2019

RANCANGAN TAHUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK MUNSHI ABDULLAH TAHUN 2019

RANCANGAN TAHUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK MUNSHI ABDULLAH TAHUN 2019



Friday, April 12, 2019

LAWATAN PESTA BUKU TAHUN 2019

LAWATAN PESTA BUKU TAHUN 2019


LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA
SMK MUNSHI ABDULLAH
TAHUN 2019

Tarikh:6 April 2019
Hari:Sabtu
Tempat:Pesta Buku Antarabangsa, PWTC, Kuala Lumpur

Sasaran: 80 orang murid dan 8 orang guru

Aktiviti:
1.      Taklimat lawatan
2.      Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa, PWTC, KL

3.      Penulisan Travelog Lawatan



Friday, March 29, 2019

MINGGU PUSAT SUMBER TAHUN 2019

MINGGU PUSAT SUMBER TAHUN 2019



MINGGU PUSAT SUMBER
SMK MUNSHI ABDULLAH
TAHUN 2019

Tarikh:11– 15 Mac 2019
Hari:Isnin– Jumaat
Tempat:SMK Munshi Abdullah

Sasaran: Semua murid dan guru SMK Munshi Abdullah

Aktiviti:
1.      Jom Kita Baca
2.      Jom Kita Pinjam
3.      Jom Ke Pusat Sumber
4.      Kuiz Pusat Sumber
5.      Teka Silang Kata Pusat Sumber
6.      Ulasan Buku






Thursday, March 28, 2019

PELANCARAN PROGRAM NILAM & MINGGU PUSAT SUMBER TAHUN 2019

PELANCARAN PROGRAM NILAM & MINGGU PUSAT SUMBER TAHUN 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM
SMK MUNSHI ABDULLAH
TAHUN 2019

Tarikh:11 Mac 2019
Hari:Isnin
Masa: 7.30 – 8.00 pagi
Tempat:Dataran Sihat, SMK Munshi Abdullah

Sasaran: Semua murid dan guru SMK Munshi Abdullah

Aktiviti:
1.      Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
2.      Ucapan pengetua
3.      Gimik pelancaran program NILAM SMK Munshi Abdullah
4.      Penyampaian hadiah:
a)      Wakil Daerah Hari NILAM Selangor
b)      Kehadiran Tertinggi Ke Pusat Sumber
c)      Pinjaman Buku Tertinggi




SENARAI NAMA PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2019

SENARAI NAMA PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2019

 

Wednesday, March 20, 2019

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2018

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2018



ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH (APS)
NEGERI SELANGOR
TAHUN 2018

Tarikh:6 Mac 2019
Hari:Rabu
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat:SAM Bestari, Subang Jaya

Sasaran: Sekolah-sekolah seluruh negeri Selangor

Pencapaian SMK Munshi Abdullah:

Johan – Pusat Sumber Terbaik Negeri Selangor
Johan – Amalan Terbaik Guru Admin VLE (En. M Zubaidi bin Djemiko)
Ketiga – Amalan Terbaik Guru VLE (En. Ezrul Helmi bin Muhamad Razali)
Ketiga – Makmal Komputer Terbaik Negeri Selangor





Monday, March 18, 2019

SENARAI TUGAS GURU PUSAT SUMBER SMK MUNSHI ABDULLAH

SENARAI TUGAS GURU PUSAT SUMBER SMK MUNSHI ABDULLAH

Berikut merupakan Senarai Tugas Guru Pusat Sumber SMK Munshi Abdullah 

Thursday, March 14, 2019

7 CARA FOKUS DALAM BELAJAR

7 CARA FOKUS DALAM BELAJAR


CARA #1: Cari tempat belajar yang sesuai.
Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.

CARA #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.

Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya.

Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.

CARA #3: Cari teman belajar

Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.

Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

Tips pilih teman belajar:

1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.

2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.


CARA #4: Pilih snek sesuai

Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.


CARA #5: Take 5

Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

Tips berehat:

1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.

2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.

CARA #6: Rasakan Bahang Motivasi

Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,

Tips kekal motivasi:

1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.

2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.


“Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri”. Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?

3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.
Bacaan lanjut >> 10 Cara Terhebat untuk Motivasikan Diri Sendiri


CARA #7: Duduk dan Belajar

Dah cuba cara 1 – Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca.

Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?

Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.

Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.