Wednesday, April 5, 2017

KEMUDAHAN : BILIK RED SPOT


Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber SMK Munshi Abdullah antaranya ialah Bilik Red Spot. Buku Red Spot ialah buku yang diberi tanda dengan sticker merah pada bahagian tulang buku (Spine). 

Buku-buku tersebut dikategorikan sebagai Red Spot berdasarkan salah satu atau beberapa kriteria seperti berikut :

1. Harga melebihi RM 50.00 
2. Sumbangan khas daripada pihak tertentu
3. Penerbitan dan edisi yang terhad
4. Buku-buku terlaris di pasaran
5. Tajuk-tajuk peristiwa bersejarah
6. Berukuran besar
7. Berkulit tebal

Rak buku Red Spot diletakkan di tempat yang terjamin keselamatannya seperti dalam bilik khas atau ruang yang tertutup.